assalamualaikum wbt semua...
yee, kenape dengan tajuk entry cik mel kali ni ye? betol lah tu, cik mel memang budak kampung. tak malu langsung nak mengaku macam tu. ade siapa siapa malu ke nak mengaku awak tu budak kampung?
cik mel wondering lah, kenape yee, ada sesetengah orang tu suka sangat pandang rendah pada budak kampung? ape beza sangat ke budak kampung dengan budak bandar. yelah, memang ada beza lah kan. contoh dari segi imej dan pemakaian, cara bercakap, sopan santun and etc.
cik mel bukan nak cakap apa, tapi, budak bandar or budak kampung sekalipun, kite semua ni asal dari bahan yang sama jugak, TANAH. hairanlah bila ada budak budak bandar yang cakap macam ni,
" Gelilah nak pergi kampung, sana tanah, sini tanah, "
" Alah, budak kampung, biasalah, kotor, comot! ,"
" Orang kampung memang macam tu, kolot! ,"
haiiishhh..dah nama pun kampung, mestilah ada tanah kan. tanah liat, tanah gambut, tanah merah, macam macam tanah ada. macam lah dekat bandar tu salji je ada. (bangun tidur, bukak bukak mata, nampak salji, wahh, hebat..)
lepas tu, tak semestinya budak kampung ni comot. cuma kami ni malas nak bersolek je, takut dikatakan buang tebiat je nanti. nak jalan jalan kampung, naik motor siap bersolek bagai. dengan pakai vogue vogue kalah artis, mau ada yang kena hantar hospital sakit jiwa je. try la make over kami, sumpah cantik punyelah.
lagi satu kalau nak cakap orang kampung kolot, silap tu..ada je anak anak orang kampung yang sambung belajar dekat oversea, yang pergi IPTA/IPTS segala. lepas tu macam macam kemudahan dah ada dekat kampung. setakat nak berinternet, merata lah kat kampung cik mel ni yang ada broadband or sumber internet dorang sendiri.
bagi cik mel sendiri, cik mel sayang kampung cik mel ni even cik mel bukan dilahirkan dekat kampung ni. (kampung jugak, tapi dekat daerah lain.) cik mel tak pernah malu kalau ada siapa siapa suruh cik mel mengaku cik mel orang kampung.
p/s : cik mel cuma meluahkan rasa, tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. andai ada sesiapa yang terasa, harap maaf.


No comments:
Post a Comment