Pages

Daisypath Anniversary tickers

Saturday, 10 September 2011

seribu kemaafan ku pohon....



assalamualaikum w.b.t..

setelah sekian lame cik mel tak update blog usang yang dah bersawang sawang ni, hari ni cik mel nak update dengan entry mintak maaf dari semua rakan blogger yang lain. 

before tu, cik mel nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN buat semua rakan blogger. harapnye tak terlalu lewat la cik mel buat ucapan ni. ( raya kan sebulan, hee )

cik mel mohon ampun dan maaf banyak banyak sangat dekat semua rakan blogger or siapa siapa yang terbaca blog cik mel ni sebab cik mel tinggalkan blog ni tanpa diupdate terlalu lama. kekangan masa dan kesihatan banyak buat cik mel tertinggal tentang perkembangan blog korang. maaf sangat sangat semua. after ni, insyaAllah, blog ni akan diupdate seperti sediakala. dan cik mel akan start blogwalking macam biasa. 

ha, lagi satu, kejap lagi, after solat zohor, cik mel akan memulakan perjalanan pulang ke puncak alam untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang student. ( *sigh )
doakan perjalanan cik mel lancar yee kawan kawan. 


maaf sekali lagi okey  ^_^



Monday, 15 August 2011

Happy Giveaway by Si Budak Kurus !


salam ramadhan al-mubarak semua ^_^

petang petang hari macam ni, sebelum berbuka, tengah tengah berblogwalking dekat salah sorang rakan blogger ni, tetibe terpandang satu contest, yeahh! contest ape tu? actually GA la, bukan contest. memandangkan cik mel ni suke sangat update entry setengah jalan, so, join GA memang sangat berkesan untuk mengisi masa lapang. ( grrr...bosan, ntah ape yang dia merepek ni, maafkan je la.. )

nah, ni dia GA yang cik mel nak join kali ni :



( KLIK SINI untuk join sekaki :-) )


Then, last sekali LIKE fanpage dekat bawah ni yee :



( yang ni untuk memudahkan korang update dengan GA ni, kot kot ada apa apa update ke kan )

Sangat senang bukan GA ni? mehla join ramai ramai! 


Wednesday, 10 August 2011

SAYA NAK DOODLE DARI MAWARMERAH !


assalamualaikum wbt...




cik mel nak doodle free dari encik Hasib ni.
nak yang comel comel, pakai shawl ala ala hana tajima tu ea.
( hehe, gurau je tu. )
kalau boley cik mel nak yang ala ala muslimah camtu.
nak warna pink or merah or warna yang sesuai dengan blog cik mel ni.
tak kisah la warna mane mane pun.
hope encik Hasib sudi la buatkan yee.
terima kaseh..
^_^


p/s : siapa siapa nak jugak boleh tekan sini.



Monday, 8 August 2011

Saya Anggun Berbaju Kurung ~


assalamualaikum kawan kawan..

eh eh, tajuk entry tu bukan nak kata cik mel perasan la. (sikit sikit tu ada la, hee ) kali ni cik mel nak join contest lagi, kalau korang nak join jugak, klik dekat bawah ni.





so, sebagai syarat, nah, cik mel pertaruhkan picture ni :

:

:

:

tadaaa......



Saya Anggun Berbaju Kurung...??
(hehe, malu cik mel.. )

sebenarnye cik mel takde picture berbaju kurung yang full capture macam ni. ni je yang ada, so, cik mel pertaruhkan yang ni la. picture ni dicapturekan oleh teman housemate cik mel after kami habis class pada waktu petang. mase tu gedik sikit teringin nak duduk atas buaian tu, hehe
( memang wajib lalu playground ni before sampai rumah )


okeh okeh, kepada siapa siapa yang nak tau lebih lebih pasal contest ni, meh tengok sendiri DEKAT SINI.







Aku Budak Kampung (!)


assalamualaikum wbt semua...

yee, kenape dengan tajuk entry cik mel kali ni ye? betol lah tu, cik mel memang budak kampung. tak malu langsung nak mengaku macam tu. ade siapa siapa malu ke nak mengaku awak tu budak kampung? 

cik mel wondering lah, kenape yee, ada sesetengah orang tu suka sangat pandang rendah pada budak kampung? ape beza sangat ke budak kampung dengan budak bandar. yelah, memang ada beza lah kan. contoh dari segi imej dan pemakaian, cara bercakap, sopan santun and etc.

cik mel bukan nak cakap apa, tapi, budak bandar or budak kampung sekalipun, kite semua ni asal dari bahan yang sama jugak, TANAH. hairanlah bila ada budak budak bandar yang cakap macam ni,

" Gelilah nak pergi kampung, sana tanah, sini tanah, "

" Alah, budak kampung, biasalah, kotor, comot! ,"

" Orang kampung memang macam tu, kolot! ,"

haiiishhh..dah nama pun kampung, mestilah ada tanah kan. tanah liat, tanah gambut, tanah merah, macam macam tanah ada. macam lah dekat bandar tu salji je ada. (bangun tidur, bukak bukak mata, nampak salji, wahh, hebat..) 

lepas tu, tak semestinya budak kampung ni comot. cuma kami ni malas nak bersolek je, takut dikatakan buang tebiat je nanti. nak jalan jalan kampung, naik motor siap bersolek bagai. dengan pakai vogue vogue kalah artis, mau ada yang kena hantar hospital sakit jiwa je. try la make over kami, sumpah cantik punyelah.

 lagi satu kalau nak cakap orang kampung kolot, silap tu..ada je anak anak orang kampung yang sambung belajar dekat oversea, yang pergi IPTA/IPTS segala. lepas tu macam macam kemudahan dah ada dekat kampung. setakat nak berinternet, merata lah kat kampung cik mel ni yang ada broadband or sumber internet dorang sendiri.

bagi cik mel sendiri, cik mel sayang kampung cik mel ni even cik mel bukan dilahirkan dekat kampung ni. (kampung jugak, tapi dekat daerah lain.) cik mel tak pernah malu kalau ada siapa siapa suruh cik mel mengaku cik mel orang kampung. 



p/s : cik mel cuma meluahkan rasa, tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. andai ada sesiapa yang terasa, harap maaf. 





Friday, 5 August 2011

SEGMEN GA : KAMI NAK DWET RAYA DAN KAD RAYA DARI DIYAN!


assalamualaikum wbt...

dah tengah tengah malam ni, cik mel masih tak dapat melelapkan mata lagi, so, cik mel pun blogwalking lah ape lagi kan. (dah memang tu hobi cik mel, nak buat macam mane. ) then tetibe, cik mel ternampak satu segmen ni. hihi. duit raya lah, ape lagi, cik mel pun join la!






segmen giveaway cik diyana amalina ni senang je.
 law korang pun nak join jugak, boleh lah KLIK SINI yee.. 






Thursday, 4 August 2011

GiveAway EdY : still beauty!



salam teman teman blogger cik mel...

rasanye hari ni memang hari join GA sedunia buat cik mel kot. eh, tak la sedunia sangat sebenarnye. cume untuk new blogger macam cik mel ni JAKUN la sikit yee, hihi.  (padahal baru je join 2 GA kot. *sigh )




okeh, GA yang cik mel join kali ni tajuk dia macam dekat tajuk entry tu la. (tak nampak tajuk entry, tengok dekat banner GA dekat atas ni yee, hee) siapa siapa yang nak join GA ni macam cik mel, meh klik

sebagai memenuhi syarat GA ni, kali ni cik mel nak tag cik taukeh untuk join GA ni jugak! hehe. selamat berjoin GA ye taukeh. hihi (ape itu 'berjoin'? itu imbuhan 'ber'+'join' :-D )


p/s: untuk maklumat lebih mendalam tentang GA ni dan juga hadiah yang disediakan, bolehlah KLIK SINI untuk pergi dekat page tuan yang creating this GA yee. :-)




"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"



salam teman teman blogger cik mel ~

kali ni cik mel nak join giveaway pulak. haa, nampak tak cik mel punya tajuk entry tu? tu la tajuk GA yang cik mel join tu. ade siapa siapa nak ikut cik mel join GA ni tak? kalau ade, mehla klik banner kat bawah ni.


KLIK SINI

hadiah hadiah yang disediakan memanglah sangat best! tapi cik mel join GA ni just untuk suka suka je, tapi kalau cik yana dengan cik putih nak bagi cik mel menang, wahhh bertambah suka lah cik mel. hehe. korang mesti exsaited nak taw ape hadiah nye kan?? nak cik mel bagi list sponsor hadiah untuk GA ni. 


ni pulak cik mel nak tag 3 orang kawan blogger yang bertuah untuk sama sama join GA ni dengan cik mel. jom tengok siapa yang kena :



p/s: untuk keterangan lanjut pasal hadiah tu, sila lah KLIK SINI. :-)





Contest Blog Aku Kena Gigit by Coklateyes!



salam ramadhan hari ketiga kawan kawan blogger...

arini cik mel dah kene tag dengan salah seorang kawan cik mel iaitu taukeh untuk join satu contest yang menarik perhatian cik mel ni. kirenye ni first segmen or contest yang cik mel join la selame cik mel terjebak dalam dunia blogging ni. lets check it out segmen ape yang cik mel maksudkan ni.




"Saya Suka Geget Blog Hanya Dari Mata kerana saya membaca menggunakan mata. (okeh, gurau je. ) i love to blogwalking. bagi saya blog yang menarik ramai readers bukan datang dari kecomelan blog itu, but, it comes from the entry itself. kalau entry menarik dan kreatif, mata saya sangat sudi untuk geget blog anda!"  

meh cik mel nak tag kan 3 kawan bertuah cik mel untuk join segmen ni jugak:




segmen ni di buat oleh Cik Innanie. pada sape sape yang nak join jugak boley lah klik sini yee :-)







Tuesday, 2 August 2011

kanak-kanak ribena versi tuan punya blog~

salam ramadhan hari kedua.. :-)

kenapa tajuk entry kali ni macam tu yee? sebabnye, cik mel dah tukar environment blog cik mel ni, dah tak usang dah rase nye, tapi tengok la, tengok la, macam kanak kanak punye blog kan? kanak kanak tadika yg belum cukup umur tu. haha. tu la akibatnye kalau biarkan cik mel mengedit blog sendiri. (memang selame ni pun edit sendiri, tapi belum penah lagi jadi macam yg sekarang ni. ) yang ni terlebih exsaited la katekan, hihi.

header yg entah ape ape, (tapi kereta tu sangat cute okey. ) yang paling penting, header tu cik mel buat sendiri okey, (sangat berpuas hati walaupun tak cantek. haha) 

sebenarnye cik mel takde ape nak cakap pun, saje je gatal gatal tangan nak update entry. pada siape siape yg melawat cik mel punye blog tu, sudi sudi kanlah kelik iklan dalam blog kanak kanak ribena cik mel ni. bagilah cik mel komen yang membina yee. (al-maklumlah, cik mel baru lagi dalam dunia blogger ni. )


p/s : ape ape pun, selamat berpuasa untuk hari yang kedua!



Monday, 1 August 2011

Ramadhan is coming again~

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari cik mel sekeluarga...

Bersempena dengan bulan ramadhan yg penuh barakah ni, cik mel taknak cakap panjang panjang pun, just nak share sikit pengetahuan cik mel pasal bulan ramadhan a.k.a bulan puasa ni dengan korang.

     1- Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi.

     2- Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.

     3- Makan sahur adalah berkat walaupun dengan hanya meneguk air.

     4- Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai keistimewaan pada hari qiamat.

     5- Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga.

     6- Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.

     7- Pada bulan ramadhan ini Setan-Setan dibelenggu.

8- Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal di dalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, iaitu malam LAILATUL QADAR (malam seribu dinar)

9- Dalam bulan ramadhan ini juga pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.

10- Sunat berbuka dengan memulakan kurma sebagai hidangan pembuka.


untuk pengetahuan yang lebih mendalam sila klik sumber yang cik mel sediakan yee. :-)

sumber : KLIK SINI dan KLIK SINI

Selamat berpuasa semua! 



Terima kasih kerana membaca!

Tuesday, 19 July 2011

apa saya belajar hari ni..??

salam semua kawan blogger cik mel..

hari ni last episod cerita juvana dekat tv3 tu, cik mel memang tak pernah miss tengok cerita tu tiap tiap minggu. bukan sebab pelakon utama nye yg cik mel sangat minat tu, tapi sebab cerita tu ade banyak moral dan pengajarannye yg tersendiri. budak budak juvana tu, bukan semuanye berperangai macam 'Botak', mereka jadi macam tu atas pengaruh dan orang sekeliling mereka. (ayat cikgu zakiah yg telah diolah, hee)

sudah sudah, lupekan pasal juvana yg telah pun menutup tirainye. sekarang ni cik mel nak cerita ape yg cik mel belajar hari ni..hee..

hari ni area jam 6 petang macam tu, cik mel dapat berita dari seorang kawan cik mel yg 'boyfren' kepada salah seorang classmate cik mel telah pergi menghadap illahi. erm, tapi bukan ini yg cik mel belajar arini. dengar cerita cik mel sampai habis yee..back to classmate cik mel tu. menurut kawan cik mel tu, arwah meninggal sebab jatuh dari balkoni kondo, tapi kondo dekat mane dan macam mane boleh jatuh, semua cik mel tak taw. menurut sumber lagi, semua nye masih dalam siasatan polis. entah kenapa tiba tiba cik mel jadi takut. dalam hati cik mel cuma boleh sebut, "setiap yg hidup pasti akan mati".

lepas tu, cik mel terus sent message dekat encik kurus, arini first day practikal dia. cik mel pesan dekat dia, tolong jaga diri dia baek baek untuk cik mel. huhu, entah kenapa laju je cik mel taip message macam tu dan sent dekat encik kurus. cik mel jadi takut, takut dia akan tinggalkan cik mel. (law dah kena tinggal, terima kenyataan lah yg dia bukan utk awak cik mel!! eh, ape merepek ni? ) okeh okeh, sebenarnye cik mel teringat dekat cerita seorang cikgu cik mel mase cik mel lower 6 dulu..

meh cik mel ceritakan semula ape yg cikgu ****** tu da ceritakan pada kami masa last day sekolah tu yee. cuma mungkin ayat cik mel tak same lah macam ayat cikgu. cerita nye macam ni, last day tu, biaselah kan, dah last day, mane la ade student yg rajin macam cik mel ni, tetap nak datang sekolah. (aicehh, padahal bukan cik mel sorang yg datang. ) ade la beberapa orang yg datang mase tu, then kami duduk dengan cikgu, berbual bual, sampai la tetibe entah macam mane cikgu terbukak kisah cinta dia zaman muda muda yg tak kesampaian. mula mula kami gelak gelak jugak lah, yela, cikgu yg selama ni serious je time mengajar, nak tersenyum pun susah even dia sebenanye sangatlah kiut bile tersenyum, tetibe ade kisah cinta monyet yg nak diceritakan pada kami.

then, bile cikgu start bercerita, kami semua mula serious dengar bait bait ayat yg keluar dari mulut cikgu. cikgu cakap, dia kenal dengan 'boyfren' dia tu sejak dia form 2 lagi. mase tu cikgu dah mule suke sikit sikit dekat budak laki tu, alah, kata orang cinta monyet kan..tapi, mase tu budak laki tu pendiam, pemalu, semua adalah kan, cikgu la yg suke sangat sakat dan kacau kacau budak laki tu, al-maklumlah, cikgu cakap dulu dulu dia kasar, macam tomboi sikit. hehe, gelak lagi la kami mase tu. try imagine sendirilah kan, cikgu yg sangat comel dan kecik molek tu tomboi..?? hehe, dapat bayangkan tak??

sampai la akhirnye lepas form 3, masing masing dapat result yg best best, tapi sebabkan cikgu maen maen time belajar, cikgu punye result tak berapa best. so, budak laki tadi terpisahlah dengan cikgu sebab dia masuk kelas sains. cikgu pun dah tak kacau kacau dan sakat sakat budak laki tu lagi. then, sampai la SPM, and after SPM, cikgu memang tak pernah jumpe budak laki tu lagi.

mase SPM, keputusan cikgu tak berapa elok, sebab cikgu masih maen maen macam dulu. kawan kawan cikgu semuanye pergi masuk 'u'. tinggallah cikgu sorang sorang dekat kampung. mase tu, ayah cikgu bagi choice sama ada cikgu nak sambung study or nak kawen..?? (wawawa, law cik mel, mesti cik mel pilih nak kawen, tettt..gatal sungguh! )

then, cikgu cakap dia nak sambung study. so, dia pergi form 6. cume, cikgu cakap, dia tak pernah nak ambik iktibar dengan ape yg dah berlaku. dia bukan nak belajar elok elok, dia still nak maen maen jugak. last last, STPM cikgu pun hancur jugak. cikgu failled subjek wajib! waktu tu cikgu memang dah tak taw nak buat ape. then, dia mintak ayah dia hantarkan dia pergi sekolah swasta untuk redo dia punye STPM.

waktu tu, ayah cikgu bukanlah orang orang berada yg mampu hantar anak dia pergi sekolah swasta yg sememangnye memerlukan bayaran yuran yg mahal. tapi sebabkan ayah cikgu nak tengok cikgu berjaya macam anak anak orang laen, dia hantar jugak cikgu pergi sekolah swasta tu. until one day, mase cikgu tengah ondaway pergi sekolah naek bas, cikgu ternampak ayah dia bawak motor nak pergi jual ikan. ayah cikgu hanya bekerja sebagai seorang penjual ikan dari rumah ke rumah. waktu tu, cikgu sedih sangat, dia tekad, dia nak belajar sungguh sungguh, nak bagi ayah dia kejayaan yg selama ni ayah dia harapkan. (waktu cikgu cerita ni, tanpa diminta air mate cik mel mengalir, sedih woo..)

finally, cikgu dapat jugak result paling best, siap jadi salah seorang best student sekolah tu lagi. banggalah ayah cikgu ada anak macam cikgu. then cikgu sambung lagi belajar dekat 'u'. ('u' ape, cik mel rase nye tak perlu mention dekat sini kot. )

entah macam mane, betollah kate orang, kalau dah jodoh, memang tak ke mana. cikgu terjumpe balek dengan budak laki yg dia suke sakat sakat mase form 2 dulu! budak laki tu seorang bomba sekarang, (sekarang tu maksudnye mase cikgu jumpe dia tu la.)

hehe, mase sampai part yg ni, kami semua yg dengar cerita cikgu ni tersenyum senyum dah, macam macam tekaan yg kami buat, cikgu cume cakap, "dengarlah cerita saya sampai habes dulu..." hehe, law korang la kan, ape yg korang dah pikir kan mase tu?? mesti korang pikir yg cikgu akan bercinte dengan budak laki tu kan kan kan?? hee

betollah tu! memang cikgu bercinte dengan budak laki tu. memang indah la kan, nama pun pasangan bercinte, mane ade yg tak indah. lagi pulak cikgu dengan budak laki tu lama sangat sangat dah terpisah. macam kelakar pun ada jugak bile pikir cikgu bercinte dengan budak lelaki yg cikgu selalu buli dulu mse kecik kecik. hehe

sampai la satu hari tu, budak laki tu propose cikgu jadi wife die. (bile la encik kurus nak propose cik mel jadi wife dia ni, hihi, gatal! ) okeh okeh, sambung semule ea..cikgu pun terima la lamaran tu, then, sah lah dia jadi tunang kepada budak laki yg dia suke buli mase sekolah dulu. mase tu cikgu banyak berubah. cikgu pakai baju kurung, cikgu jadi ayu, jadi perempuan just untuk budak laki yg bakal jadi husband dia tu.

tinggal seminggu cikgu nak kawen dengan budak laki tu. mase dah suntuk tapi banyak lagi barang barang yg belum dibeli, takkanlah cikgu nak harapkan family yg uruskan semua nye untuk dia kan. walaupun mase tu cikgu dah jadi cikgu, tak boleh lah dia lepas tangan untuk majlis besar dia kan. then, dia dah set up a date dengan  bakal husband dia tu. mereka akan same same jumpe dekat kampung, then baru pergi beli barang same same. (sweet kan..?? )

hari tu, cikgu kata, sehari sebelum dia bertolak balek kampung, (kampung cikgu tak perlu dimentionkan dekat sini. ) hati dia rase kurang senang sangat sangat. tapi dia abaikan je. sampai la waktu tu dah nak masuk maghrib, cikgu pergi mandi macam biase, mase mandi tu, tetibe shower yg cikgu pegang, entah macam mane jatuh pulak tetibe. hati cikgu lagi la bertambah berdebar debar.

siap mandi, macam biaselah, cikgu solat semua, then baru la cikgu tengok henfon dia, ade satu panggilan tak dijawab dari tunang dia. maybe henfon dia berbunyi mase cikgu tengah mandi tadi kot. then tetibe henfon berbunyi lagi sekali, cikgu pun agkat la. tapi suare kat hujung talian bukan suare tunang cikgu, tapi suare lelaki laen!

dengan perasaan cemas, cikgu dengar je ape lelaki tu nak cakap, then, lelaki tu perkenalkan diri sebagai polis, dia tanye ape hubungan cikgu dengan tunang cikgu tu? then cikgu pun jawabla, tunang. then polis tu cakap, tunang cikgu dah tak ade! kemalangan! reason why polis tu boleh dail nombor cikgu sebab last number yg terdail dekat henfon tunang cikgu adalah nombor cikgu dan mase tu henfon tu ade dalam genggaman tunang cikgu.

saat cikgu cakap tunang dia meninggal tu, kami semua terdiam, takde sedikit suara apatah lagi senyum hambar dari kami. masing masing hanya berdiam diri, tidak mampu untuk bertanya apatah lagi bersuara. cik mel pulak segan segan menyeka air mate yg hampir hampir menitis dengan hujung tudung. cik mel tengok cikgu, mata cikgu berkaca kaca, dalam hati cik mel taw, mesti cikgu takkan pernah lupakan peristiwa tu seumur hidup dia.

then, cikgu sambung cerita lagi, cikgu cakap, masa tu, cikgu memang tak taw nak buat ape, dia call family dia, family tunang dia, then malam tu jugak cikgu balek kampung. air mate cikgu jangan tanyelah, memang cikgu nanges sepuas hati. cikgu rase macam tak percaya yg tunang dia dah tak ade. (sedihnye kami mase tu, kami dapat bayangkan keadaan cikgu. )

bile keadaan dah reda sikit, salah seorang dari kami ade tanye dekat cikgu, "cikgu ade simpan gambar arwah lagi tak?," cikgu tak terus jawab, dia tersenyum. then dia cakap, "gambar dalam frame dah takde, tapi dalam hati tak pernah padam, " sekali lagi cik mel terharu dengan cikgu. last cerita cikgu, dia pesan dekat kami semua, sedalam mane dan selame mane kite sayangkan orang tu, andai telah tertulis dia bukan jodoh kite, kite takkan pernah milikinye.


itulah yg cik mel belajar arini sebenarnye. memang cik mel tak pernah lupe cerita cikgu dekat kami walaupun dah hampir 3 tahun cik mel tinggalkan sekolah. tapi baru arini cik mel betol betol boleh menerima hakikat kenyataan yg pernah cikgu pesankan pada cik mel dan kawan kawan dulu. terima kasih cikgu...

p/s: kisah ini kisah benar, cume diolah dengan ayat cik mel sendiri. segala nama, tempat dan ape ape yg berkaitan, tidak perlulah cik mel nyatakan sebab tidak mahu menyinggung mane mane pihak.

cikgu pun sekarang dah mulakan hidup baru dan bahagia dengan jejaka pilihan keluarganye dan dikurniakan cahaya mata.

buat kawan cik mel pulak, salam takziah dari cik mel, hidup mesti diteruskan, jangan putus asa. kite same same doakan arwah ditempatkan dikalangan orang orang yg beriman ye. AL-FATIHAH....








Thursday, 14 July 2011

rindu-rinduan~

salam kawan kawan cik mel...

first of all, cuba teka kenapa tajuk entry cik mel kali ni rindu-rinduan? hee, of cos la sebab cik mel rindukan seseorang. cuba teka pulak siapa yg cik mel rindukan tu?

TADAAAA...... :-D

1- Mohammad Firdaus bin Mohd Shariff  


si kurus kesayangan cik mel, rase mcm nak mati law dia takde. (*hahah, parah benar bunyinye. )


2- Wan Azhani binti Che Wan Abd Aziz


the best roomate i ever had, sayang wan sangat sangat! (*roomate cik mel masa cik mel diploma at uitm sri iskandar, perak. )




my sweetest friend i ever had, lebiu kamuu! muahh! (*kami pun seroomate jugak mase dekat perak dulu. )


rindu yg teramat sangat just buatkan air mata cik mel gugur je. cik mel memang seorang yg suke lepaskan bebanan rindu dengan air mata. rase lega even belum dapat jumpa orang orang yg buat cik mel rase rindu tu.

p/s: kalau kamu bertiga ada terbace entry ni, peace yaww..cik mel pinjam picture kamu kamu..hihi :-D

sape sape rindu cik mel, boleh la nangis.. :-D


Wednesday, 6 July 2011

Program Aspirasi 1 Malaysia : Mengubah Destini Anak Siswa


salam 1 Malaysia kawan kawan cik mel.... :-D

mentang mentanglah tajuk entry kali ni aspirasi 1 Malaysia, salam pun nak 1 Malaysia kan..hehe..nak tau kenapa tajuk entry cik mel kali ni macam ni? sebab nye, pada 1 Julai hingga 3 Julai yang lalu bertempat di UiTM Shah Alam, cik mel telah menjadi fasilitator bagi program Aspirasi 1 Malaysia : Mengubah Destini Anak Siswa anjuran ISBA (Islamic Banking Association) bersama pelajar pelajar Islamic Banking itu sendiri. pesertanye pulak terdiri drpd pelajar pelajar yg bakal menduduki SPM dari dua buah sekolah iaitu SMK Rantau Panjang dan SMK Banting. 

macam mane cik mel boley join program ni ye? hehe..memang lah cik mel student UiTM Puncak Alam dan bukan Shah Alam. cik mel join program ni pun atas pelawaan seorang kawan cik mel. dia cakap ramai tenaga fasilitator yg menarik diri dah last last minute. so, cik mel pun dengan sukarela dan sukacitanye join lah kawan cik mel ni walaupun baru beberapa hari cik mel duduk dekat rumah. tapi cik mel tak keseorangan, BFF cik mel yg uda tu pun ikut sekali.

30 Jun 2011, lebih kurang jam 11 pagi, bermulalah perjalanan kami ke shah alam. kami naek kereta kawan cik mel tu, cik sheila. dialah yg bertanggungjawab mengajak cik mel dan cik uda untuk join sekaki dalam program ni. kami gerak berempat. eh, knapa berempat ea? sebabnye kawan kepada cik sheila pun nak gerak sama sama dengan kami, name dia cik ummul. dalam pukul 4 petang, sampailah kami ke destinasi yg di tuju. 

setibanye kami di sana, cik sheila bawak la cik mel dengan cik uda register bilik kolej. dalam tengah tengah daftar tu, tetibe cik mel jumpe sorang lagi kawan cik mel mase sekolah sekolah dulu, name dia cik limah. dan kami pun bertegur sapalah. hehe. macam jejak kasih pulak. lepas register bilik, kami berkumpul di bilik seminar di kolej perindu (kolej lelaki) untuk mendengar taklimat tentang program yg bakal bermula esok pagi. cik mel telah diamanahkan untuk jadi fasi group 6 bersama sorang lagi fasi perempuan dan lelaki iaitu cik sha dan pakcik mael lambung. haha. (ismail ali name sebenar dia. )

keesokkan pagi nye, bermulalah pendaftaran bagi peserta peserta. cik mel rase teruja sangat. tak sabar nak mengendalikan pelajar pelajar yg bakal jadi anak buah group cik mel nanti. hee. program bermula dengan sesi taaruf, in another words, sesi ice breaking lah. ahli ahli group cik mel sepakat pilih name kumpulan " Tok Janggut" sebab name kumpulan must based on pahlawan pahlawan Melayu. group members cik mel ada 10 orang semuanye :

                    1-   Rajae
                    2-   Fike
                    3-   Ejad
                    4-   Ammar
                    5-   Irfan
                    6-   Alia
                    7-   Dyba
                    8-   Dayu
                    9-   Sara
                   10-  Alin

3 hari bersama adik adik SPM ni, cik mel rase hepi sangat sangat. dorang ni spoting sangat sangat. macam tu jugak dengan pakcik mael, cik sha, dan fasi fasi yg laen, cara mereka layan cik mel macam mereka dah lama kenal cik mel. cikgu imran yg begitu spoting jugak. siap follow group cik mel mase explorace lagi. thanks cikgu! 

hari terakhir bersama adik adik ni, cik mel sedih sangat. cik mel sayang dorang macam adik adik cik mel dah walaupun dalam tempoh yg begitu singkat. mengalir jugak lah air mata cik mel ni waktu perpisahan aritu. dah lah cik mel tak snap banyak gambar dengan dorang, al maklumlah, cik mel takde NIKON. hehe. tapi kenangan dengan dorang, memang cik mel tak dapat lupekan. cik mel sangat sangat enjoy dengan program ni. thanks cik sheila sebab invite cik mel untuk join program ni. 

walaupun penat tapi cik mel puas dengan program ni. seronok sangat! here, pic yg mampu cik mel snapkan guna henpon usang cik mel yg tak seberapa ni. 


irfan, cik sha, cik mel, alia <3
aush (law silap eja, sory dek) irfan dan cik mel <3
wif nadia, salah sorang urusetia
hehe, kami produk SMK Simpang Rengam! 
Dyba, cik mel dan alia. kami dari kumpulan, Tok Janggut! :-D

after semuanye bersurai, cik mel, cik sheila dan cik uda tetibe rase lapar yg amat. ape lagi, cik sheila pun suggest kan kami drive thru mcD je. so, kami pun gerak la naek 'JET' cik sheila tu. (JET a.k.a no flat kereta cik sheila) mase dalam perjalanan tu, tetibe pulak ternampak banner pesta buku dekat SACC, last day pulak tu. cik sheila pun pecut lah pergi pesta buku dulu. postpone lah niat nak ke mcD tu. cik mel tak lah borong banyak sangat buku. cuma beli 3 buah novel je. hee, meh nak tunjuk kat korang novel baru cik mel ni. tapi law korang dah bace, diam diam je taw..hee


p/s: 

      1-   buat adik adik kumpulan Tok Janggut, if korang terbace blog akak ni, akak nak cakap, akak sayang korang, akak rindu korang. akak doakan korang dapat result SPM gempak gempak semua. jangan nakal nakal, ingat semua pesan abang abang dan akak akak fasi. All da best yaa!

      2-   buat adik kandung cik mel yg juga SPM candidate 2011 ni, semoga berjaya dapat result best SPM ni. jangan nak berfesbuk je. kurangkan mesej mesej tu. tak payah nak berawek awek dulu. stop dulu hobi mancing awak tu. akak ni sayang kat awak. if awak dapat result yg best, apa je awak nak, insyaAllah akak belikan yee. (tapi yg akak mampu beli lah yee, hee. )

      3-   TAKZIAH juga buat Dyba (ada dalam gambar di atas) dia atas pemergian ibunye pada petang perpisahan tu. cik mel dengar dengar arwah ibunye menghidap strok dan dah dua minggu kat hospital. akak harap dyba sabar banyak banyak, kuatkan semangat, buat yg terbaik untuk SPM.



Wednesday, 29 June 2011

my BFF a.k.a my enemy~


assalamualaikum kawan kawan cik mel...

sempena mata cik mel yg tak boleh nak lelap even sangat lah letih hari ini kerana cik mel temankan kakak cik mel ke melaka untuk membuat clearance sempena tamatnya degree life student miliknya. (paham tak apa yg cik mel cuba sampaikan ni?) cik mel nak update blog usang cik mel ni dengan entry bertajuk, "my BFF a.k.a my enemy". 

apa maknanya istilah BFF tu pada korang yee? pada cik mel, BFF tu means 'best friend forever'. erm, i mean kawan yg ada sama sama dengan kite tak kire time susah or senang. time kite gelak or menangis. time kite banyak duit or papa kedana. korang ade kawan yg macam tu..? cik mel ade!! let me introduce my BFF yaa..

suriani binti sani a.k.a sue
cik mel kenal cik sue dari zaman sekola lagi, kami jadi sangat sangat rapat sejak form 4 lagi. saiz kami pun lebih kurang sama je, hee. susah senang, semua cik mel share dengan dia. nangis, gelak, semua kami buat sama sama. dulu dulu time sekola sekola, kalau boleh barang barang kami pun nak sama. cuma cik sue minat warna biru, cik mel pulak gila warna merah, so, barang sama, tapi warna lain lain. hee, bile boleh macam tu lagi yee cik sue?? after habes study, cik sue terus je kerja, cik mel pulak study tak habes habes, huu. sekarang kami sangat susah nak hangout sama sama. rasanye dekat dua tahun cik mel tak jumpa cik sue da. fesbuk dengan fon je jadi penghubung antara kami. sedih kan..? 

siti nurul huda binti mokhtar a.k.a uda
yg ni pulak cik uda. hee, cik uda ni, musuh cik mel paling ketat merangkap best friend cik mel. dia lah tempat cik mel nak luah perasaan, nak story morey, gosip, gila spoting cik uda ni tau. cik mel dok sekelas dengan dia dari form 4 sampailah cik mel form 6 dan sekarang kami sama sama menuntut at uitm puncak alam dalam kos yg sama. miracle kan?? nampak sangat kami ni tak boleh berpisah, hehe. time cik mel putus cinta monyet, cik uda lah tempat cik mel mengadu nasib, cik mel datang kat dia, pinjam bahu dia, nangis teresak esak, haha, sangat tidak matanglah cik mel suatu ketika dahulu, haha. law cik mel rase geram, marah, nak memaki hamun, cik uda la tempat cik mel maki hamun. (after ni takde maki hamun dah, cik mel kan da stop memaki orang, hee) 

ahmad khuwarizmy khuzainol a.k.a riz
yg ni satu satu nya bff lelaki cik mel, riz. dia ni final year sport science students at uitm shah alam. cik mel kenal dia dari cik mel diploma lagi. masa tu cik mel masih kat seri iskandar, perak. dia ni banyak tolong cik mel. amek berat pasal kawan kawan even ada sesetengah kawan tu tak layak untuk dipanggil kawan. dy banyak bagi nasihat yg kadang kadang macam membebel pun ada jugak. (hee, sori riz.) tapi nasihat dia membina, banyak menyedarkan cik mel. dia cakap cik mel ni lurus bendul a.k.a naif. senang sangat kena tipu. haha, betol ke cik mel macam tu..? cik uda pun cakap benda yg sama. tapi cik mel rasa cik mel tak lurus bendul lah kawan kawan. huu.


ni lah BFF cik mel yg cik mel sayang sangat sangat. dorang macam family cik mel dah. susah senang sama sama. cik mel sayang dorang sesangat! kawan kawan, hargailah kawan kawan kamu, jaga hati dan perasaan mereka seperti mana mereka jaga hati dan perasaan kamu. tapi, jangan sampai tersalah pilih kawan sudahlah, buruk padahnya. 


p/s: to cik uda, cik sue dan riz: kalau kamu semua terbaca entry ni, harap maaf yee law ade kesilapan eja name ke, ape ape ke, tak disengajekan tu, hehe.. :-D



Tuesday, 28 June 2011

maki dan teruskan memaki~


salam kawan kawan cik mel...


kenape tajuk entry kali ni maki dan teruskan memaki yee..? nak taw sebab ape? sebab cik mel baru lepas kena maki dengan seorang hamba Allah ni yg sangat suke memaki. tu cara dia nak lepas marah yg amat sangat kot. tapi dia tak taw cik mel punya marah yg amat sangat lagi sebab kena maki dengan dia tu. suka suka je nak f*** cik mel kan. rasenye cik mel takde buat salah dekat dia, kalau nak diceritakan, memang rase nye semua orang akan menuding jari menunjukkan everything adalah salah dia. rase macam nak je maki balik. (astaghfirullahalazim, cik mel nak stop dari memaki, mintak dijauhkanlah) tapi tetiba teringat pulak dekat pesan seorang kawan baik cik mel sebelum ni, dia pernah pesan, matang tu dinilai dari segi pemikiran, bukan penampilan dan fizikal. cik mel nak jadi matang even saiz fizikal cik mel yg tak berapa nak matang ni. so, cik mel ikut pesan kawan cik mel tu. thanks a lot yee kawan sebab kamu buat sy rasa bertambah matang, hee. 

yee, cik mel mengaku cik mel memang suke memaki suatu ketika dulu, tapi sekarang tak lagi. (erm, cuma kadang kadang telepas jugak some words tu law terasa sangat sangat lah marah nye) cik mel try sebut perkataan yg lebih berfaedah law tengah marah, contohnye, takpe, hidup ni karma. tak pun, cik mel akan pesan pada diri sendiri yg maki memaki tu tak matang. 

tapi tak paham betollah pada sesetengah orang tu yg still nak memaki jugak even orang yg dia maki tu tak sama taraf dengan dia. erm, i means beza dari segi gender ke, agama ke kan. try imagine if lelaki yg memaki perempuan, how dayus he is. huu. tapi if perempuan pulak yg memaki lelaki, lelaki mesti cakap, "tak sopan nye perempuan ni. rude giler, macam cantik sangat!," hahah, betol tak??

tak dapat faedah pun kalau kite memaki ni, pahala pun tak dapat. daripada dok buang air liur maki memaki orang lain, ape lah salahnye gunakan air liur tu untuk berzikir ke kan, berdoa supaya dapat dikurangkan habit memaki tu ke kan.

oleh itu, kepada siapa siapa dekat luar sana, lelaki ke perempuan ke, tak perlulah maki memaki yee. maki memaki tak mendatangkan keuntungan kepada sesama kite. kalau rase marah sangat, or tak puas hati, or anything else, pergilah ambik wudhuk tu, solat mintak ditenangkan hati. janganlah biar syaitan menguasai diri kawan kawan tu.

p/s: ape yg cik mel tulis ni takde kena mengena dengan yg hidup or yg dah takde. kalau ada siape siape yg terbaca entry cik mel ni, dan terasa hati, harap maaf ye. cik mel cuma mahu meluahkan rase, bukan niat menyindir or ape ape pun. ape yg cik mel tulis ni pun bertujuan untuk mengingatkan diri cik mel yg sentiase terlupa ni, and the most important thing, cik mel juga tak perfect. sama sama lah kite tegur ape ape yg silap ye.  renung renungkanlah yee kawan kawan.



Sunday, 26 June 2011

fiesta lagi shake lagi riang bersama LIPTON~

salam kawan kawan cik mel...

haha, ini entry lama punya lah. tapi disebabkan cik mel banyak benda mau di settlekan terlebih dahulu, ini entry cik mel postpone dulu. hehe. sebab sebab knapa cik mel busy sangat lately ni: 

           1. ulangkaji pelajaran (aicehhh, bunyi macam nak hambik spm kannn..??)
           2. mengemas rumah sewa yg akan ditinggalkan utk 2 bulan
           3. mengemas beg yg bakal dibawa pulang ke kampung halaman
           4. lastly, prepare untuk final exam subject ECO415 on 23 June 2011

atas sebab sebab di atas la cik mel tak dapat nak update blog ni. so, sekarang cik mel nak cerita pasal tajuk entry ni. ada siapa siapa pegi fiesta ni tak?? on 18 June 2011 aritu, cik mel, cik tyra, pakcik fuad, pakcik anep dan pakcik adil together gether pegi fiesta ni dekat i-city dekat shah alam tu. saje nak release tensen study economy.

fiesta ni ditaja oleh lipton, pas masuk pun takde, free je. leya hot fm dgn AG hot fm jadi host untuk event tu. best la, happening je dorang tu. artis artis yg ada pulak masa tu the times, grey sky morning, hujan, dan lain lain yg cik mel tak kenal. hehe. tapi yg palin best, wakaka crew! cik mel dapat tengok alam dekat dekat kot, teruja! malam tu wakaka crew guide kami untuk buat conga dance terbesar kat Malaysia ni. (ni target penganjur sebenanye, nak masuk dalam book of records). meh nak tunjuk sikit pic2 yg sempat dirakamkan saat dan ketika itu, hehe.

die hard fan noh hujan yg betol betol gila lah!
host kami la, leya hot fm
alam wakaka crew! (maaf, bukan nikon. )
pakcik adil, pakcik anep, pakcik fuad, cik mel N cik tyra.. 
sempat lagi berposing kat i-city tu after fiesta abes..
ce teka mane satu tangan cik mel..?? hee
makan time at BARRA.. (pic ni di'snap oleh BARRA's photorapher. )
 p/s: best lepaking dengan pakcik pakcik N cik tyra ni. nanti nanti kite lepak same same lagi yee cik mel punye classmate. :-D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...