Pages

Daisypath Anniversary tickers

Monday, 8 August 2011

Aku Budak Kampung (!)


assalamualaikum wbt semua...

yee, kenape dengan tajuk entry cik mel kali ni ye? betol lah tu, cik mel memang budak kampung. tak malu langsung nak mengaku macam tu. ade siapa siapa malu ke nak mengaku awak tu budak kampung? 

cik mel wondering lah, kenape yee, ada sesetengah orang tu suka sangat pandang rendah pada budak kampung? ape beza sangat ke budak kampung dengan budak bandar. yelah, memang ada beza lah kan. contoh dari segi imej dan pemakaian, cara bercakap, sopan santun and etc.

cik mel bukan nak cakap apa, tapi, budak bandar or budak kampung sekalipun, kite semua ni asal dari bahan yang sama jugak, TANAH. hairanlah bila ada budak budak bandar yang cakap macam ni,

" Gelilah nak pergi kampung, sana tanah, sini tanah, "

" Alah, budak kampung, biasalah, kotor, comot! ,"

" Orang kampung memang macam tu, kolot! ,"

haiiishhh..dah nama pun kampung, mestilah ada tanah kan. tanah liat, tanah gambut, tanah merah, macam macam tanah ada. macam lah dekat bandar tu salji je ada. (bangun tidur, bukak bukak mata, nampak salji, wahh, hebat..) 

lepas tu, tak semestinya budak kampung ni comot. cuma kami ni malas nak bersolek je, takut dikatakan buang tebiat je nanti. nak jalan jalan kampung, naik motor siap bersolek bagai. dengan pakai vogue vogue kalah artis, mau ada yang kena hantar hospital sakit jiwa je. try la make over kami, sumpah cantik punyelah.

 lagi satu kalau nak cakap orang kampung kolot, silap tu..ada je anak anak orang kampung yang sambung belajar dekat oversea, yang pergi IPTA/IPTS segala. lepas tu macam macam kemudahan dah ada dekat kampung. setakat nak berinternet, merata lah kat kampung cik mel ni yang ada broadband or sumber internet dorang sendiri.

bagi cik mel sendiri, cik mel sayang kampung cik mel ni even cik mel bukan dilahirkan dekat kampung ni. (kampung jugak, tapi dekat daerah lain.) cik mel tak pernah malu kalau ada siapa siapa suruh cik mel mengaku cik mel orang kampung. 



p/s : cik mel cuma meluahkan rasa, tidak ada kena mengena dengan sesiapa pun. andai ada sesiapa yang terasa, harap maaf. 





Friday, 5 August 2011

SEGMEN GA : KAMI NAK DWET RAYA DAN KAD RAYA DARI DIYAN!


assalamualaikum wbt...

dah tengah tengah malam ni, cik mel masih tak dapat melelapkan mata lagi, so, cik mel pun blogwalking lah ape lagi kan. (dah memang tu hobi cik mel, nak buat macam mane. ) then tetibe, cik mel ternampak satu segmen ni. hihi. duit raya lah, ape lagi, cik mel pun join la!






segmen giveaway cik diyana amalina ni senang je.
 law korang pun nak join jugak, boleh lah KLIK SINI yee.. 






Thursday, 4 August 2011

GiveAway EdY : still beauty!



salam teman teman blogger cik mel...

rasanye hari ni memang hari join GA sedunia buat cik mel kot. eh, tak la sedunia sangat sebenarnye. cume untuk new blogger macam cik mel ni JAKUN la sikit yee, hihi.  (padahal baru je join 2 GA kot. *sigh )




okeh, GA yang cik mel join kali ni tajuk dia macam dekat tajuk entry tu la. (tak nampak tajuk entry, tengok dekat banner GA dekat atas ni yee, hee) siapa siapa yang nak join GA ni macam cik mel, meh klik

sebagai memenuhi syarat GA ni, kali ni cik mel nak tag cik taukeh untuk join GA ni jugak! hehe. selamat berjoin GA ye taukeh. hihi (ape itu 'berjoin'? itu imbuhan 'ber'+'join' :-D )


p/s: untuk maklumat lebih mendalam tentang GA ni dan juga hadiah yang disediakan, bolehlah KLIK SINI untuk pergi dekat page tuan yang creating this GA yee. :-)




"Mega Giveaway by Yana & Cik Putih"



salam teman teman blogger cik mel ~

kali ni cik mel nak join giveaway pulak. haa, nampak tak cik mel punya tajuk entry tu? tu la tajuk GA yang cik mel join tu. ade siapa siapa nak ikut cik mel join GA ni tak? kalau ade, mehla klik banner kat bawah ni.


KLIK SINI

hadiah hadiah yang disediakan memanglah sangat best! tapi cik mel join GA ni just untuk suka suka je, tapi kalau cik yana dengan cik putih nak bagi cik mel menang, wahhh bertambah suka lah cik mel. hehe. korang mesti exsaited nak taw ape hadiah nye kan?? nak cik mel bagi list sponsor hadiah untuk GA ni. 


ni pulak cik mel nak tag 3 orang kawan blogger yang bertuah untuk sama sama join GA ni dengan cik mel. jom tengok siapa yang kena :



p/s: untuk keterangan lanjut pasal hadiah tu, sila lah KLIK SINI. :-)





Contest Blog Aku Kena Gigit by Coklateyes!



salam ramadhan hari ketiga kawan kawan blogger...

arini cik mel dah kene tag dengan salah seorang kawan cik mel iaitu taukeh untuk join satu contest yang menarik perhatian cik mel ni. kirenye ni first segmen or contest yang cik mel join la selame cik mel terjebak dalam dunia blogging ni. lets check it out segmen ape yang cik mel maksudkan ni.




"Saya Suka Geget Blog Hanya Dari Mata kerana saya membaca menggunakan mata. (okeh, gurau je. ) i love to blogwalking. bagi saya blog yang menarik ramai readers bukan datang dari kecomelan blog itu, but, it comes from the entry itself. kalau entry menarik dan kreatif, mata saya sangat sudi untuk geget blog anda!"  

meh cik mel nak tag kan 3 kawan bertuah cik mel untuk join segmen ni jugak:




segmen ni di buat oleh Cik Innanie. pada sape sape yang nak join jugak boley lah klik sini yee :-)







Tuesday, 2 August 2011

kanak-kanak ribena versi tuan punya blog~

salam ramadhan hari kedua.. :-)

kenapa tajuk entry kali ni macam tu yee? sebabnye, cik mel dah tukar environment blog cik mel ni, dah tak usang dah rase nye, tapi tengok la, tengok la, macam kanak kanak punye blog kan? kanak kanak tadika yg belum cukup umur tu. haha. tu la akibatnye kalau biarkan cik mel mengedit blog sendiri. (memang selame ni pun edit sendiri, tapi belum penah lagi jadi macam yg sekarang ni. ) yang ni terlebih exsaited la katekan, hihi.

header yg entah ape ape, (tapi kereta tu sangat cute okey. ) yang paling penting, header tu cik mel buat sendiri okey, (sangat berpuas hati walaupun tak cantek. haha) 

sebenarnye cik mel takde ape nak cakap pun, saje je gatal gatal tangan nak update entry. pada siape siape yg melawat cik mel punye blog tu, sudi sudi kanlah kelik iklan dalam blog kanak kanak ribena cik mel ni. bagilah cik mel komen yang membina yee. (al-maklumlah, cik mel baru lagi dalam dunia blogger ni. )


p/s : ape ape pun, selamat berpuasa untuk hari yang kedua!



Monday, 1 August 2011

Ramadhan is coming again~

Salam Ramadhan Al-Mubarak dari cik mel sekeluarga...

Bersempena dengan bulan ramadhan yg penuh barakah ni, cik mel taknak cakap panjang panjang pun, just nak share sikit pengetahuan cik mel pasal bulan ramadhan a.k.a bulan puasa ni dengan korang.

     1- Bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi daripada kasturi.

     2- Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.

     3- Makan sahur adalah berkat walaupun dengan hanya meneguk air.

     4- Orang-orang yang berpuasa merupakan golongan yang terpilih, special, dan mempunyai keistimewaan pada hari qiamat.

     5- Orang-orang yang berpuasa nanti akan mempunyai keistimewaan dengan pintu khas untuk masuk ke syurga.

     6- Sesiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu.

     7- Pada bulan ramadhan ini Setan-Setan dibelenggu.

8- Dalam bulan ini ada satu malam yang keutamaan beramal di dalamnya lebih baik daripada beramal seribu bulan di bulan lain, iaitu malam LAILATUL QADAR (malam seribu dinar)

9- Dalam bulan ramadhan ini juga pintu Jannah dibuka dan pintu neraka ditutup.

10- Sunat berbuka dengan memulakan kurma sebagai hidangan pembuka.


untuk pengetahuan yang lebih mendalam sila klik sumber yang cik mel sediakan yee. :-)

sumber : KLIK SINI dan KLIK SINI

Selamat berpuasa semua! 



Terima kasih kerana membaca!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...