salam kawan kawan cik mel...
kenape tajuk entry kali ni maki dan teruskan memaki yee..? nak taw sebab ape? sebab cik mel baru lepas kena maki dengan seorang hamba Allah ni yg sangat suke memaki. tu cara dia nak lepas marah yg amat sangat kot. tapi dia tak taw cik mel punya marah yg amat sangat lagi sebab kena maki dengan dia tu. suka suka je nak f*** cik mel kan. rasenye cik mel takde buat salah dekat dia, kalau nak diceritakan, memang rase nye semua orang akan menuding jari menunjukkan everything adalah salah dia. rase macam nak je maki balik. (astaghfirullahalazim, cik mel nak stop dari memaki, mintak dijauhkanlah) tapi tetiba teringat pulak dekat pesan seorang kawan baik cik mel sebelum ni, dia pernah pesan, matang tu dinilai dari segi pemikiran, bukan penampilan dan fizikal. cik mel nak jadi matang even saiz fizikal cik mel yg tak berapa nak matang ni. so, cik mel ikut pesan kawan cik mel tu. thanks a lot yee kawan sebab kamu buat sy rasa bertambah matang, hee.
yee, cik mel mengaku cik mel memang suke memaki suatu ketika dulu, tapi sekarang tak lagi. (erm, cuma kadang kadang telepas jugak some words tu law terasa sangat sangat lah marah nye) cik mel try sebut perkataan yg lebih berfaedah law tengah marah, contohnye, takpe, hidup ni karma. tak pun, cik mel akan pesan pada diri sendiri yg maki memaki tu tak matang.
tapi tak paham betollah pada sesetengah orang tu yg still nak memaki jugak even orang yg dia maki tu tak sama taraf dengan dia. erm, i means beza dari segi gender ke, agama ke kan. try imagine if lelaki yg memaki perempuan, how dayus he is. huu. tapi if perempuan pulak yg memaki lelaki, lelaki mesti cakap, "tak sopan nye perempuan ni. rude giler, macam cantik sangat!," hahah, betol tak??
tak dapat faedah pun kalau kite memaki ni, pahala pun tak dapat. daripada dok buang air liur maki memaki orang lain, ape lah salahnye gunakan air liur tu untuk berzikir ke kan, berdoa supaya dapat dikurangkan habit memaki tu ke kan.
oleh itu, kepada siapa siapa dekat luar sana, lelaki ke perempuan ke, tak perlulah maki memaki yee. maki memaki tak mendatangkan keuntungan kepada sesama kite. kalau rase marah sangat, or tak puas hati, or anything else, pergilah ambik wudhuk tu, solat mintak ditenangkan hati. janganlah biar syaitan menguasai diri kawan kawan tu.
p/s: ape yg cik mel tulis ni takde kena mengena dengan yg hidup or yg dah takde. kalau ada siape siape yg terbaca entry cik mel ni, dan terasa hati, harap maaf ye. cik mel cuma mahu meluahkan rase, bukan niat menyindir or ape ape pun. ape yg cik mel tulis ni pun bertujuan untuk mengingatkan diri cik mel yg sentiase terlupa ni, and the most important thing, cik mel juga tak perfect. sama sama lah kite tegur ape ape yg silap ye. renung renungkanlah yee kawan kawan.

No comments:
Post a Comment