Pages

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 29 June 2011

my BFF a.k.a my enemy~


assalamualaikum kawan kawan cik mel...

sempena mata cik mel yg tak boleh nak lelap even sangat lah letih hari ini kerana cik mel temankan kakak cik mel ke melaka untuk membuat clearance sempena tamatnya degree life student miliknya. (paham tak apa yg cik mel cuba sampaikan ni?) cik mel nak update blog usang cik mel ni dengan entry bertajuk, "my BFF a.k.a my enemy". 

apa maknanya istilah BFF tu pada korang yee? pada cik mel, BFF tu means 'best friend forever'. erm, i mean kawan yg ada sama sama dengan kite tak kire time susah or senang. time kite gelak or menangis. time kite banyak duit or papa kedana. korang ade kawan yg macam tu..? cik mel ade!! let me introduce my BFF yaa..

suriani binti sani a.k.a sue
cik mel kenal cik sue dari zaman sekola lagi, kami jadi sangat sangat rapat sejak form 4 lagi. saiz kami pun lebih kurang sama je, hee. susah senang, semua cik mel share dengan dia. nangis, gelak, semua kami buat sama sama. dulu dulu time sekola sekola, kalau boleh barang barang kami pun nak sama. cuma cik sue minat warna biru, cik mel pulak gila warna merah, so, barang sama, tapi warna lain lain. hee, bile boleh macam tu lagi yee cik sue?? after habes study, cik sue terus je kerja, cik mel pulak study tak habes habes, huu. sekarang kami sangat susah nak hangout sama sama. rasanye dekat dua tahun cik mel tak jumpa cik sue da. fesbuk dengan fon je jadi penghubung antara kami. sedih kan..? 

siti nurul huda binti mokhtar a.k.a uda
yg ni pulak cik uda. hee, cik uda ni, musuh cik mel paling ketat merangkap best friend cik mel. dia lah tempat cik mel nak luah perasaan, nak story morey, gosip, gila spoting cik uda ni tau. cik mel dok sekelas dengan dia dari form 4 sampailah cik mel form 6 dan sekarang kami sama sama menuntut at uitm puncak alam dalam kos yg sama. miracle kan?? nampak sangat kami ni tak boleh berpisah, hehe. time cik mel putus cinta monyet, cik uda lah tempat cik mel mengadu nasib, cik mel datang kat dia, pinjam bahu dia, nangis teresak esak, haha, sangat tidak matanglah cik mel suatu ketika dahulu, haha. law cik mel rase geram, marah, nak memaki hamun, cik uda la tempat cik mel maki hamun. (after ni takde maki hamun dah, cik mel kan da stop memaki orang, hee) 

ahmad khuwarizmy khuzainol a.k.a riz
yg ni satu satu nya bff lelaki cik mel, riz. dia ni final year sport science students at uitm shah alam. cik mel kenal dia dari cik mel diploma lagi. masa tu cik mel masih kat seri iskandar, perak. dia ni banyak tolong cik mel. amek berat pasal kawan kawan even ada sesetengah kawan tu tak layak untuk dipanggil kawan. dy banyak bagi nasihat yg kadang kadang macam membebel pun ada jugak. (hee, sori riz.) tapi nasihat dia membina, banyak menyedarkan cik mel. dia cakap cik mel ni lurus bendul a.k.a naif. senang sangat kena tipu. haha, betol ke cik mel macam tu..? cik uda pun cakap benda yg sama. tapi cik mel rasa cik mel tak lurus bendul lah kawan kawan. huu.


ni lah BFF cik mel yg cik mel sayang sangat sangat. dorang macam family cik mel dah. susah senang sama sama. cik mel sayang dorang sesangat! kawan kawan, hargailah kawan kawan kamu, jaga hati dan perasaan mereka seperti mana mereka jaga hati dan perasaan kamu. tapi, jangan sampai tersalah pilih kawan sudahlah, buruk padahnya. 


p/s: to cik uda, cik sue dan riz: kalau kamu semua terbaca entry ni, harap maaf yee law ade kesilapan eja name ke, ape ape ke, tak disengajekan tu, hehe.. :-D



No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...