Pages

Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, 29 June 2011

my BFF a.k.a my enemy~


assalamualaikum kawan kawan cik mel...

sempena mata cik mel yg tak boleh nak lelap even sangat lah letih hari ini kerana cik mel temankan kakak cik mel ke melaka untuk membuat clearance sempena tamatnya degree life student miliknya. (paham tak apa yg cik mel cuba sampaikan ni?) cik mel nak update blog usang cik mel ni dengan entry bertajuk, "my BFF a.k.a my enemy". 

apa maknanya istilah BFF tu pada korang yee? pada cik mel, BFF tu means 'best friend forever'. erm, i mean kawan yg ada sama sama dengan kite tak kire time susah or senang. time kite gelak or menangis. time kite banyak duit or papa kedana. korang ade kawan yg macam tu..? cik mel ade!! let me introduce my BFF yaa..

suriani binti sani a.k.a sue
cik mel kenal cik sue dari zaman sekola lagi, kami jadi sangat sangat rapat sejak form 4 lagi. saiz kami pun lebih kurang sama je, hee. susah senang, semua cik mel share dengan dia. nangis, gelak, semua kami buat sama sama. dulu dulu time sekola sekola, kalau boleh barang barang kami pun nak sama. cuma cik sue minat warna biru, cik mel pulak gila warna merah, so, barang sama, tapi warna lain lain. hee, bile boleh macam tu lagi yee cik sue?? after habes study, cik sue terus je kerja, cik mel pulak study tak habes habes, huu. sekarang kami sangat susah nak hangout sama sama. rasanye dekat dua tahun cik mel tak jumpa cik sue da. fesbuk dengan fon je jadi penghubung antara kami. sedih kan..? 

siti nurul huda binti mokhtar a.k.a uda
yg ni pulak cik uda. hee, cik uda ni, musuh cik mel paling ketat merangkap best friend cik mel. dia lah tempat cik mel nak luah perasaan, nak story morey, gosip, gila spoting cik uda ni tau. cik mel dok sekelas dengan dia dari form 4 sampailah cik mel form 6 dan sekarang kami sama sama menuntut at uitm puncak alam dalam kos yg sama. miracle kan?? nampak sangat kami ni tak boleh berpisah, hehe. time cik mel putus cinta monyet, cik uda lah tempat cik mel mengadu nasib, cik mel datang kat dia, pinjam bahu dia, nangis teresak esak, haha, sangat tidak matanglah cik mel suatu ketika dahulu, haha. law cik mel rase geram, marah, nak memaki hamun, cik uda la tempat cik mel maki hamun. (after ni takde maki hamun dah, cik mel kan da stop memaki orang, hee) 

ahmad khuwarizmy khuzainol a.k.a riz
yg ni satu satu nya bff lelaki cik mel, riz. dia ni final year sport science students at uitm shah alam. cik mel kenal dia dari cik mel diploma lagi. masa tu cik mel masih kat seri iskandar, perak. dia ni banyak tolong cik mel. amek berat pasal kawan kawan even ada sesetengah kawan tu tak layak untuk dipanggil kawan. dy banyak bagi nasihat yg kadang kadang macam membebel pun ada jugak. (hee, sori riz.) tapi nasihat dia membina, banyak menyedarkan cik mel. dia cakap cik mel ni lurus bendul a.k.a naif. senang sangat kena tipu. haha, betol ke cik mel macam tu..? cik uda pun cakap benda yg sama. tapi cik mel rasa cik mel tak lurus bendul lah kawan kawan. huu.


ni lah BFF cik mel yg cik mel sayang sangat sangat. dorang macam family cik mel dah. susah senang sama sama. cik mel sayang dorang sesangat! kawan kawan, hargailah kawan kawan kamu, jaga hati dan perasaan mereka seperti mana mereka jaga hati dan perasaan kamu. tapi, jangan sampai tersalah pilih kawan sudahlah, buruk padahnya. 


p/s: to cik uda, cik sue dan riz: kalau kamu semua terbaca entry ni, harap maaf yee law ade kesilapan eja name ke, ape ape ke, tak disengajekan tu, hehe.. :-D



Tuesday, 28 June 2011

maki dan teruskan memaki~


salam kawan kawan cik mel...


kenape tajuk entry kali ni maki dan teruskan memaki yee..? nak taw sebab ape? sebab cik mel baru lepas kena maki dengan seorang hamba Allah ni yg sangat suke memaki. tu cara dia nak lepas marah yg amat sangat kot. tapi dia tak taw cik mel punya marah yg amat sangat lagi sebab kena maki dengan dia tu. suka suka je nak f*** cik mel kan. rasenye cik mel takde buat salah dekat dia, kalau nak diceritakan, memang rase nye semua orang akan menuding jari menunjukkan everything adalah salah dia. rase macam nak je maki balik. (astaghfirullahalazim, cik mel nak stop dari memaki, mintak dijauhkanlah) tapi tetiba teringat pulak dekat pesan seorang kawan baik cik mel sebelum ni, dia pernah pesan, matang tu dinilai dari segi pemikiran, bukan penampilan dan fizikal. cik mel nak jadi matang even saiz fizikal cik mel yg tak berapa nak matang ni. so, cik mel ikut pesan kawan cik mel tu. thanks a lot yee kawan sebab kamu buat sy rasa bertambah matang, hee. 

yee, cik mel mengaku cik mel memang suke memaki suatu ketika dulu, tapi sekarang tak lagi. (erm, cuma kadang kadang telepas jugak some words tu law terasa sangat sangat lah marah nye) cik mel try sebut perkataan yg lebih berfaedah law tengah marah, contohnye, takpe, hidup ni karma. tak pun, cik mel akan pesan pada diri sendiri yg maki memaki tu tak matang. 

tapi tak paham betollah pada sesetengah orang tu yg still nak memaki jugak even orang yg dia maki tu tak sama taraf dengan dia. erm, i means beza dari segi gender ke, agama ke kan. try imagine if lelaki yg memaki perempuan, how dayus he is. huu. tapi if perempuan pulak yg memaki lelaki, lelaki mesti cakap, "tak sopan nye perempuan ni. rude giler, macam cantik sangat!," hahah, betol tak??

tak dapat faedah pun kalau kite memaki ni, pahala pun tak dapat. daripada dok buang air liur maki memaki orang lain, ape lah salahnye gunakan air liur tu untuk berzikir ke kan, berdoa supaya dapat dikurangkan habit memaki tu ke kan.

oleh itu, kepada siapa siapa dekat luar sana, lelaki ke perempuan ke, tak perlulah maki memaki yee. maki memaki tak mendatangkan keuntungan kepada sesama kite. kalau rase marah sangat, or tak puas hati, or anything else, pergilah ambik wudhuk tu, solat mintak ditenangkan hati. janganlah biar syaitan menguasai diri kawan kawan tu.

p/s: ape yg cik mel tulis ni takde kena mengena dengan yg hidup or yg dah takde. kalau ada siape siape yg terbaca entry cik mel ni, dan terasa hati, harap maaf ye. cik mel cuma mahu meluahkan rase, bukan niat menyindir or ape ape pun. ape yg cik mel tulis ni pun bertujuan untuk mengingatkan diri cik mel yg sentiase terlupa ni, and the most important thing, cik mel juga tak perfect. sama sama lah kite tegur ape ape yg silap ye.  renung renungkanlah yee kawan kawan.



Sunday, 26 June 2011

fiesta lagi shake lagi riang bersama LIPTON~

salam kawan kawan cik mel...

haha, ini entry lama punya lah. tapi disebabkan cik mel banyak benda mau di settlekan terlebih dahulu, ini entry cik mel postpone dulu. hehe. sebab sebab knapa cik mel busy sangat lately ni: 

           1. ulangkaji pelajaran (aicehhh, bunyi macam nak hambik spm kannn..??)
           2. mengemas rumah sewa yg akan ditinggalkan utk 2 bulan
           3. mengemas beg yg bakal dibawa pulang ke kampung halaman
           4. lastly, prepare untuk final exam subject ECO415 on 23 June 2011

atas sebab sebab di atas la cik mel tak dapat nak update blog ni. so, sekarang cik mel nak cerita pasal tajuk entry ni. ada siapa siapa pegi fiesta ni tak?? on 18 June 2011 aritu, cik mel, cik tyra, pakcik fuad, pakcik anep dan pakcik adil together gether pegi fiesta ni dekat i-city dekat shah alam tu. saje nak release tensen study economy.

fiesta ni ditaja oleh lipton, pas masuk pun takde, free je. leya hot fm dgn AG hot fm jadi host untuk event tu. best la, happening je dorang tu. artis artis yg ada pulak masa tu the times, grey sky morning, hujan, dan lain lain yg cik mel tak kenal. hehe. tapi yg palin best, wakaka crew! cik mel dapat tengok alam dekat dekat kot, teruja! malam tu wakaka crew guide kami untuk buat conga dance terbesar kat Malaysia ni. (ni target penganjur sebenanye, nak masuk dalam book of records). meh nak tunjuk sikit pic2 yg sempat dirakamkan saat dan ketika itu, hehe.

die hard fan noh hujan yg betol betol gila lah!
host kami la, leya hot fm
alam wakaka crew! (maaf, bukan nikon. )
pakcik adil, pakcik anep, pakcik fuad, cik mel N cik tyra.. 
sempat lagi berposing kat i-city tu after fiesta abes..
ce teka mane satu tangan cik mel..?? hee
makan time at BARRA.. (pic ni di'snap oleh BARRA's photorapher. )
 p/s: best lepaking dengan pakcik pakcik N cik tyra ni. nanti nanti kite lepak same same lagi yee cik mel punye classmate. :-D

Friday, 17 June 2011

movie release tensen~

salam kwn dan kawan.. :-D

hari ni my day start macam biasa, bangun pagi, gosok gigi, mandi, siap siap, dan pergi ke kelas. (tak perlu mention, semua orang pun taw, hee) hari ni cik mel ada test untuk subjek ECO415. doakan cik mel yee.. :-)

after test, cik mel pun balek rumah macam biase lah, konon konon nak tidur. tapi mata tak mengantuk pulak, terasa bosan, nak kacau cik tyra, tapi dia syok sangat melayan cerita korea yang cik mel bagi tu, so, cik mel pun layanlah movie jugak. K.A.M.I the movie, favourite movie cik mel tu. hee. 

tak lama kemudian, cik tyra bersuara, "apa kata kite pegi tengok wayang nak?" 
(lebih kurang camni la ayat dia)
cik mel pun tanya la, "nak tengok cerita pe aweks?"
cik tyra pulak jawab, "xtaw xtaw, kite pegi je dulu, lepas tu baru tengok ada cerita ape.. "

so, kami pun bersiap siap. cik ani dengan cik ila pun kami angkut sekali. hehe. dalam pukul 4 petang, bermulalah perjalanan kami. sampai sampai je terus pergi beli tiket, KL Gangster jadi pilihan kami. (walaupun orang lain dah lama tengok, kami baru nak tengok, hee) then barulah memenuhkan perut yang sangat sangat lapar. al maklumlah, 2 hari dah tak makan nasik gara gara ON DIET. hehehe. menu pilihan hari ni, KFC, hee. (tak elok untuk orang yang tengah diet sebenarnya)

masa kami masuk panggung tu, alamakk! hari ni panggung penuh dengan mamat mamat lah. line kami pun direct penuh dengan mamat mamat je. encik kurus pesan, hati hati duduk sebelah mamat tu, dalam gelap macam macam boleh jadi. haishhh, buat takut orang je. (tapi ada betul  nya la ape dia cakap tu)

habis je movie, kami pun gerak balik rumah. sampai rumah, bersihkan badan, naik katil dan zzZZZzzzz.. mimpi lena. :-)

cik ila, cik ani, cik mel N cik tyra..
sweet pink kn.. :-)
yg ni pulak sweet light pink kn.. :-)
hehe, saje je nk selitkan pic ni..si p0p0 ag besar dr cik mel.. :-)


Tuesday, 14 June 2011

tidur lah wahai mata~

salam kwn2 semua...

di pagi yg belum nak pagi sangat ni, dalam keadaan mata yg langsung tak terasa nak terlelap ni, tiba tiba rasa terpanggil nak update entry sy ni..hee..kali ni sy nak bahasakan diri sy 'cik mel' la..rindu pulak dengan nama tu..kwn2 panggil sy 'cik mel' yeee... :-D

nak tau sebab apa cik mel masih tak boleh melelapkan mata walaupun jam dah menunjukkan pukul 3:06 a.m (waktu Malaysia)?? hehe, jawapannya sebab cik mel dah puas tidur petang tadi..habis je class pukul 12:00 p.m, cik mel dan housemate cepat cepat balik rumah. sampai je rumah, tukar tukar baju, terus capai si abu bawak pergi sofa dekat ruang tamu dan terus terlelap. hee, lena sungguh cik mel tidur dengan si abu.

sedar sedar je jam dah menunjukkan pukul 4:00 p.m. cik mel gosok gosok mata, bangun, pergi ambik gelas, bukak peti ais dan minum air soya (air fav cik mel, wajib ada dalam peti ais) huhu, tak senonoh betol anak dara cik aziz ni kan? then, dengan jalan yg masih mamai mamai, cik mel bawak si abu masuk bilik, tengok tengok cik tyra chan sedang sangat sangat lena tidur. pelan pelan cik mel naik atas katil (katil double decker, so, kena la pelan pelan sebab takut cik tyra chan terjaga). sampai je atas katil, tiba tiba je menguap. maknanya apa..?? hehehe, cik mel capai si popo (bear bear yg lebih besar dari cik mel pemberian encik kurus) pulak, peluk dia kuat kuat...zzzZZZZzzzzz...lena lagi lah cik mel..

kali ni sedar sedar je jam dah pukul 6:30 p.m!! woww!! cik mel tidur dari pukul 12:30 p.m untill 6:30 p.m!! sangat lama bukan?? hehe, yg paling best, cik mel tidur tak ada mimpi mimpi pun..memang sangat lena. (jangan jeles... :-p )

oleh sebab yg sedemikianlah cik mel tak dapat tidur sekarang ni..aiiiyoo..esok cik mel ada class macam biasa, alamatnya mengantuklah dalam class nanti..so, dalam keadaan yg sangat sangat tension sebab tak boleh tidur ni, cik mel pun layanlah lagu ni, lagu pemberian encik kurus pada cik mel suatu masa dulu, (hihi, tersipu sipu malu). law kawan kawan nak dengar, klik la video kat bawah ni. hayati lirik nya yee...selamat mendengar dan selamat beramal..papaii.. :-D



enjoy this song yaa kawan kawan.. :-)



Monday, 13 June 2011

Migrain ohhh migrain~

Salam dan hye kawan kawan…

Entry kali ni sy nak share sedikit sebanyak tentang migrain dengan kawan kawan. Mungkin kawan kawan dah tau apa itu migrain kan? Dan macam mana sakitnya bila kena migrain kan? Sy salah sorang penghidap migrain tapi bukanlah migrain tahap teruk tu. Migrain ni datang bila sy ada banyak masalah nak kena pikir, cuaca panas, tempat yg terlalu crowded dan bising yg terlampau. Yee, sy akui migrain memang sangat menyakitkan. So, entry kali ni sy nak share how to overcome ini migrain, hehe.


Langkah pertama:

1. Pergi ke tempat yg gelap dan selesa. Cuba jauhkan diri dengan suasana yg serabut, bising dan persekitaran yg terang sebab persekitaran yg terang or cahaya yg terlalu terang juga merupakan salah satu faktor serangan migrain. Yg ni sy selalu praktikkan sebab tempat gelap dapat tenangkan fikiran kita. (bagi sy la, hee) Try la, insyaAllah, berkesan..


Langkah kedua:

2. Letakkan tuala yg basah da sejuk dekat dahi, kepala dan juga sekitar leher. Tuala basah tu dapat tolong rehatkan minda kita. Yela, migrain biasanya dikaitkan dengan mental dan minda yg berat. So, lupakan lah seketika segala masalah or beban yg menghimpit kamu tu.


Langkah ketiga:

3. Fokus pada hidup yg ceria dan lupakan sebaik mungkin segala masalah yg menyerabutkan. Kegembiraan dan keceriaan menjadi faktor penting dalam mengelakkan serangan migrain. So, hepi hepi kan lah diri anda sebab hidup ni singkat sangat, hargailah segala peluag yg ada dengan sebaiknya.


Langkah keempat:

4. Dapatkan tidur yg berkualiti. Tidur yg berkualiti datangnya dari tidur yg betul betul sempurna atau dengan kata lain tidur tanpa apa apa gangguan yg membebaskan minda daripada rangsangan dari segala macam faktor dari luar. (tapi as student, ada ke istilah tidur yg berkualiti ni ea? Hihi)


Apa apa pun, solat dan doa adalah cara paling terbaik nak hilangkan kesakitan. Tuhan yg beri kita kesakitan tu, Dia je lah yg mampu menarik nya balik kan. So, kepada kawan kawan semua, sy cuma bagi beberapa langkah je. Antara langkah langkah tu ada jugak keberkesanannya, so, cuba cubalah dan selamat beramal. 


Papai…

Saturday, 11 June 2011

super 8 yg xbape nk super! haha

salam N hye2 semua...

after entry yg lepas, rasa mcm lama pulak xupdate blog sy neh, (wlaupun baru nk cecah seminggu) hee..so, arini nk share dgn kwn pasal super 8 la sbb last friday sy dgn cik tyra chan N cik shila pegi la ke times square dgn tujuan nak temankan cik shila shopping sbb dy baru dapat gaji. tapi last2 jadi la sy punye second date dgn encik kurus..(upss, amek ksempatan pulak nk dating yee, hee)

haa, pasal super 8 tu, sy pegi tengok dgn encik kurus je, sbb cik tyra chan N cik shila nak bershopping2..movie ni tak berape best la, dari 10, sy boleh bagi 6 star je kot, tp ni pada pendapat sy je la. hehehe..meh sy share cket sinopsis super 8 ni ye..


super 8 ni mengisahkan tentang sekumpulan kanak2 yg berangan nak mengarahkan sebuah filem. tengah2 buat shooting tu dekat stesen kereta api, tiba2 kereta api tu tergelincir. then, banyak la pekara aneh berlaku after tu. ramai penduduk bandar yg hilang tiba2, enjin kenderaan pun hilang tiba2 N perkara2 lain yg pelik. kumpulan kanak2 ni pun tak lepaskan peluang la nak menyiasat apa yg berlaku. yg kelakarnya tengah2 army dgn polis dok menyiasat, dorang2 ni boleh shooting pulak, huhu. lastly, dorang berjaya jugak menyiasat. sebenarnya 'benda' yg dok kacau dorang tu makhluk asing je. dia da lama terhempas, tp ada sekumpulan manusia ni (tak taw sape) buat makhluk asing ni macam penjenayah. padahal di cuma nak bina balik kapal angkasa dia N balik semula ke tempat dia. bila manusia da buat dia macam tu, dia pun berdendam la. makhluk asing ni muka dia pelik, kaki banyak, macam labah-labah..errrr (maaf, sy anti labah-labah). at last, budak2 tadi la yg tolong makhluk asing ni bebaskan diri. nk tengok lebih lanjut, pegi la ke pawagam terdekat, hihihi. (maafla, sinopsis ikut kefahaman sy je)

ape2 pun nak jugak share pic sy N encik kurus yg sempat cik tyra chan capture kn walaupun tak banyak sbb encik kurus punya mata tibe2 saket, jadi bengkak N merah, so, dia cakap dia segan nak capture2 pic, huu. 

encik kurus dan tuan punye belog lah :-)


p/s: encik kurus, thanks ye temankan sy makan pasta. nanti next date kite, temankan sy makan cheese cake pulak yee.. :-D 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...